fb fb fb fb fb

Era kegemilangan sukan negara mampu dicapai - Hannah

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 31 Disember - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya impian negara untuk mengecap kegemilangan dalam arena sukan boleh dicapai terutama dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, selepas menerajui kementerian itu selama kira-kira sebulan yang lepas, perjumpaan beliau dengan pelbagai pemegang taruh berkaitan menyerlahkan hakikat bahawa kejayaan dalam arena sukan bukanlah hasil kegigihan satu pihak tertentu semata-mata sebaliknya menuntut pembabitan pelbagai pihak.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh / FOTO HIASAN)

"Atlet, jurulatih, pengurus, persatuan sukan, dasar dan perundangan, pihak korporat, keluarga, sekolah, komuniti dan media, semuanya bekerjasama, dan melahirkan atlet atau pasukan bertaraf dunia. Negara sedang bekerja keras bagi mencapai hasrat itu.

"Dalam pertemuan saya dengan atlet kita, saya dapat melihat api semangat mereka yang menyala, satu keazaman, tidak kira apa jua bidang sukannya. Malaysia memiliki cetusan api kemaraan dalam dirinya yang perlu disemarakkan. Negara kita impikan zaman kegemilangan, sekali lagi,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Menurut Hannah, pemburuan 'Road to Gold' lebih daripada sekadar pulang dengan pingat dari Paris 2024, sebaliknya ia juga mengenai usaha membangunkan kemampanan dalam ekosistem sukan seperti mengumpul data untuk meninjau bakat baharu di peringkat akar umbi, pembinaan pangkalan peminat atlet dan kaedah meningkatkan ukuran pembangunan dan kejayaan dalam bidang sukan.

Media Baharu