KUALA LUMPUR, 31 Disember- Saingan Bola Keranjang Piala Agong 2022 menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mempertahankan gelaran dimenangi pada edisi lalu, selepas menumbangkan melaka 90-72 pada aksi final.
Sekali gus menjadi gelaran kelima dimenangi pasukan itu untuk mengekalkan status sebagai pasukan terbaik dalam kejuaraan, memasuki edisi ke 62.
(Negeri Sembilan berjaya mempertahankan gelaran dimenangi pada edisi lalu)
Pertembungan berlangsung di Stadium MABA menyaksikan kedua-duanya bermula cemerlang; terikat 19 mata pada suku pertama.
Negeri sembilan bagaimanapun mula menampilkan penguasaan pada suku kedua dengan mendahului 53-30.
Tidak mahu mengalah, Melaka kembali menemui rentak memungut 30 mata untuk ketinggalan cuma 60-69, berakhir suku ketiga.
Pengalaman Negeri Sembilan di pentas final terbukti selepas sekali lagi menampilkan penguasaan pada suku terakhir dan menutup saingan dengan kemenangan 90-72.