fb fb fb fb fb

Legenda Arsenal, Marc Overmars dikejarkan ke hospital selepas diserang 'angin ahmar'

THE HAGUE, 31 Disember-Bekas pemain antarabangsa Belanda, Marc Overmars dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan angin ahmar ringan menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab Belgium, Royal Antwerp.

Menurut kelab itu lagi,Overmars yang juga bekas penyerang Arsenal berada dalam keadaan baik.

Overmars 49, dipercayai tidak sihat sejak malam semalam dan dikejarkan ke hospital dan disahkan diserang angin ahmar ringan kata kelab berkenaan menerusi akaun rasmi kelab pada Jumaat.

"Marc berada dalam keadaan baik. Dia bersama ahli keluarga fokus kepada proses pemulihan", kata kelab itu lagi.

Pihak pengurusan kelab turut mengucapkan agar Marc pulih segera.

Overmars meninggalkan kelab Ajax Amsterdam pada Februari lalu selepas didakwa menghantar mesej dan gambar yang tidak senonoh kepada kakitangan wanita kelab tersebut.

Royal Antwerp kemudiannya melantik Overmars pada Mac dengan mengatakan kelab itu memberi peluang kedua buat bekas pemain Belanda itu.

Pada kemuncak kariernya sebagai pemain, Overmars mencipta nama dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Arsenal dan Barcelona pada tahun 90 an.


(Legenda dan bekas pemain Arsenal, Marc Overmars dikejarkan ke hospital selepas
diserang Angin Ahmar/FOTO AFP)

Media Baharu