fb fb fb fb fb

La Liga: Barca daki puncak liga, tewaskan Almeria 2-0

(Penyerang Barcelona, Ferran Torres (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Almeria, Houboulang
Mendes (kiri) pada perlawanan bola sepak La Liga antara Barcelona menentang Almeria/AFP)

BARCELONA, 6 November - Kelab Barcelona mendaki puncak liga apabila menewaskan Almeria 2-0 di Camp Nou pada aksi saingan bola sepak La Liga, Sepanyol.

Dua gol masing-masing dijaringkan Ousmane Dembele dan Frenkie de Jong.

Kemenangan itu menyaksikan Barca berada dua mata di depan Real Madrid yang akan menentang Rayo Vallecano, Selasa depan.

Ia juga adalah perlawanan terakhir buat Gerard Pique yang bermain di tempat sendiri untuk kelab berkenaan.


(Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique melambai pada penonton pada penghujung
perlawanan bola sepak La Liga antara Barcelona menentang Almeria/AFP)

Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu akan bersara daripada bola sepak selepas kunjungan ke Osasuna, Rabu depan.

Bintang Sepanyol itu telah bermain sebanyak 616 kali untuk kelab Catalan tersebut.

Beliau turut memenangi 30 trofi dalam tempoh 14 tahun bersama pasukan terbabit. -AFP

Media Baharu