(Nurhidayah Abdul Karim)
UBON RATCHATHANI (Thailand), 2 Ogos- Skuad Taekwando berjaya merealisasikan sasaran 35 pingat emas selepas Nurhidayah Abdul Karim cemerlang bagi aksi Taekwondo Poomsae Individu Wanita, Sukan Universiti ASEAN (AUG) Thailand, 2022.
Lebih manis, emas berkenaan adalah emas sulung Skuad Taekwondo di temasya ini selepas 20 edisi.
Nurhidayah memperagakan dua rutin dengan kemas untuk melakar catatan mata tertinggi keseluruhan 8.383.
(Skuad Silat juga berjaya menghadiahkan emas menerusi Silat Regu Puteri,
Atiqah Fakhira Shaiful Azli,Nur Husnina Abdul Hamid dan Nurmunirah Zaharudin)
Pungutan berkenaan berjaya mengatasi pungutan mata wakil tuan rumah Thailand, Thunisee mookda dengan perbezaan 0.033 mata.
"Rasa sangat gembira, saya punya rakan juga dapat Perak, kami rasa sangat gembira sebab kami sudah lama berlatih untuk kejohanan ini dengan kejohanan yang tidak berhenti-henti, rasa berbaloi usaha kami" kata Nurhidayah ketika ditemui RTM di venue kejohanan.
Sebelum itu, Sukan Taekwando turut menambah satu pingat perak menerusi acara Taekwando Poomsae Individu Lelaki disumbangkan Jason Loo Jun Wei.
Selain itu, skuad Silat juga berjaya menghadiahkan emas ke-35 menerusi Silat Regu Puteri, Atiqah Fakhira Shaiful Azli,Nur Husnina Abdul Hamid dan Nurmunirah Zaharudin