fb fb fb fb fb

Cabaran pemain skuasy negara di Birmingham tersekat pada suku akhir

BIRMINGHAM, 2 Ogos - Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan skuasy pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 berakhir apabila dua wakil negara masing-masing tumpas di peringkat suku akhir di Pusat Skuasy dan Hoki University of Birmingham, hari ini.

Rachel Arnold yang beraksi cemerlang semalam, gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas 0-3 kepada pemain England, Georgina Kennedy, dalam kategori perseorangan wanita.

Pemain negara yang berada di ranking ke-43 dunia itu bukan tandingan kepada pemain tuan rumah yang menghuni ranking kelapan dunia apabila tumpas 4-11, 2-11 dan 1-11.

(Rachel Arnold/FOTO Twitter Rachel Arnold)

Seorang lagi wakil negara, Ng Eain Yeow juga ditunjuk jalan keluar daripada saingan apabila tewas 1-3 kepada pemain Wales, Joel Makin, dalam kategori perseorangan lelaki.

Eain Yeow,yang berada di ranking ke-27 dunia, tumpas 4-11, 11-9, 3-11, 9-11 kepada lawan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu. - BERNAMA

Media Baharu