fb fb fb fb fb

Kinoshi mahu Selangor FC tajamkan jentera serangan

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi bercakap pada sidang media selepas kemenangan 3-0 ke atas Brunei DPMM dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ.

Petaling Jaya, 13 Ogos - Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, menegaskan kemenangan 3-0 ke atas Brunei DPMM dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ semalam tidak menutup kelemahan ketara skuadnya, khususnya aspek kualiti penyudah pasukan.

Beliau mahu setiap peluang dimanfaatkan sepenuhnya, terutama ketika menentang pasukan besar.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum sidang media, saya agak kecewa kerana kami mempunyai terlalu banyak peluang terbuka yang tidak disempurnakan. Kami perlu menjalani latihan yang lebih baik untuk memperbaiki penyudah, namun saya tidak menyalahkan para pemain. Apa yang penting, kami mesti meningkatkan mutu latihan bagi memastikan peluang dapat disudahkan dengan baik." kata Kinoshi pada sidang media selepas perlawanan.

Namun beliau memuji perkembangan positif pemain import baharu seperti Chigor Flores Moraes, Zach Clough dan Kevin Deeromram.

Fokusnya kini memastikan Selangor kekal konsisten meraih kemenangan sambil memperbaiki keberkesanan jentera serangan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI