KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) mengumumkan penyertaan barisan pemandu elit untuk perlumbaan Suzuka 1000 edisi 2025 di Jepun bulan depan.
Tunku Abdul Rahman, Tunku Jefri Ibrahim dan Tunku Abu Bakar akan bersaing dalam kategori Pro-Am bersama pelumba Finland, Konsta Lappalainen.
Kategori Pro pula menampilkan juara Supercars dan pelumba IndyCar, Scott McLaughlin, serta pemandu Corvette Racing, Nicky Catsburg dan Alexander Sims.
Kedua-dua pasukan akan memandu Chevrolet Corvette Z06 GT3.R yang membawa kejayaan kepada JMR dalam GT World Challenge Asia 2025.
Suzuka 1000 kembali selepas lima tahun, bakal berlangsung pada 12 hingga 14 September dengan penyertaan 30 kereta GT3 dan GTA-GT300.
Ini kali pertama JMR menurunkan pasukan Pro sepenuhnya di pentas perlumbaan berprestij ini.