fb fb fb fb fb

Kingsley Coman sah sertai Al-Nassr

FOTO AlNassr FC

RIYADH, 16 Ogos – Penyerang Perancis, Kingsley Coman sah menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr dari juara Bundesliga, Bayern Munich menerusi kontrak tiga tahun.

Al-Nassr dalam satu kenyataan di platform X memaklumkan, kontrak bersama pemain berusia 29 tahun itu sah sehingga 2028.

Coman mula menyertai Bayern secara pinjaman dari Juventus pada 2015 sebelum perpindahan itu menjadi tetap dua tahun kemudian.

“Sepuluh tahun selepas menyertai Bayern, Kingsley Coman meninggalkan Munich untuk bersama Al-Nassr di Arab Saudi,” menurut kenyataan rasmi kelab Bavaria itu.

Sepanjang bersama Bayern, Coman meraih sembilan kejuaraan Bundesliga, Liga Juara-Juara serta Piala Dunia Kelab. Dia turut menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2020.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE