fb fb fb fb fb

Kim Swee nafi ada lagi pemain akan tinggalkan Sabah FC

Datuk Ong Kim Swee

KOTA KINABALU, 13 Julai- Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menafikan dakwaan kononnya ada lagi pemain yang bakal meninggalkan skuad berkenaan selepas penyerang import, Ramon Machado meninggalkan pasukan itu.

Malahan beliau berkata, kemungkinan besar akan ada pemain baharu yang bakal memperkuatkan skuad badak itu.

"Buat para peminat penyokong Sabah FC kebelakangan ini banyak yang kekurangan, namun liga masih lagi baru dan dengan isu Ramon telah kita ketahui.

"...saya percaya, tak ada lagi pemain yang akan keluar.Kemungkinan ada pemain yang akan masuk dan kemungkinan ada berita-berita positif selepas ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Ong Kim Swee menegaskan Sabah FC terus fokus dalam mengharungi Liga Super yang masih di peringkat awal.

Sementara itu, pengurus pasukan Sabah FC Rafie Robert menafikan kekalahan pasukan itu dalam dua perlawanan disebabkan tunggakan gaji.

"Sebenarnya saya tidak ada kuasa untuk memperjelas isu gaji, cuma saya sebagai pengurus pasukan bertanggungjawab untuk memaklumkan punca kekalahan itu tidak ada kena mengena dengan tunggakan gaji seperti yang ditularkan," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI