fb fb fb fb fb

Arab Saudi, tuan rumah Sukan Olimpik Esports 2025

FOTO HIASAN

LAUSANNE, 12 Julai- Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Esports sulung pada 2025 menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Jumaat.

"Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Arab Saudi untuk menganjurkan Sukan Olimpik Esports 2025 sulung di negara Arab Saudi," kata badan itu.

"Tempoh perkongsian antara IOC dan NOC Saudi ialah 12 tahun, dengan Sukan Olimpik Esports diadakan secara berkala."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE