fb fb fb fb fb

Ketua Jurulatih baharu JDT, Solari ganti Bidoglio

JOHOR BAHARU, 1 Disember-Bekas pemain profesional kelahiran Argentina, Esteban Solari dilantik sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha memantapkan lagi pasukan senior, musim hadapan.

Pemilik kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Solari yang kini pembantu jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) Argentina bersetuju untuk bersama-sama dengan JDT.


(Ketua Jurulatih baharu JDT, Esteban Solari)

Menurut Tunku Ismail lagi, Hector Bidoglio pula akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menggantikan Alistair Edwards yang kini menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan.

Mengulas strategi JDT bagi menghadapi saingan musim hadapan, Tunku Ismail bertitah kelab itu akan membawa masuk tiga pemain import dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan hadapan pasukan berkenaan.

JDT katanya, akan mendapatkan seorang pemain tempatan selain menyenaraikan beberapa pemain muda yang dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT II.

Keutamaan JDT adalah untuk menilai seberapa jauh pasukan itu boleh mara dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain mengetengahkan pemain muda dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Media Baharu