fb fb fb fb fb

Kes simbah asid, beri ruang PDRM laksana siasatan terperinci - Hannah

Foto Fail/BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS, 7 Mei- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

"Saya telah berurusan dengan Ketua Polis Negara (KPN) dan KPN telah memaklumkan bahawa tangkapan telah dilakukan dan siasatan masih berjalan."

"Jadi, kita tunggu dulu. Keutamaan sekarang adalah untuk Faisal dapatkan rawatan di hospital sementara tunggu siasatan," kata Hannah kepada pemberita di Cameron Highlands.

Dalam kejadian berkenaan, Faisal cedera di bahagian badan selepas disimbah asid oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 20-an ditahan dan direman dua hari bagi membantu siasatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM