fb fb fb fb fb

Faisal Halim dipantau di ICU, alami kelecuran tahap empat

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Beliau memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden disimbah asid terbabit.

Tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.

Faisal masih dipantau pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dia yang mesra dikenali sebagai 'Mickey' akan dipantau di hospital sekurang-kurangnya selama 10 hari.

Datuk Seri Shahril juga menjangkakan Faisal tidak akan dapat beraksi lebih enam bulan.

Kejadian malang itu merupakan insiden kedua yang menimpa pemain negara selepas Akhyar Rashid cedera diserang dua penyamun di kawasan kediamannya, Khamis lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM