fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri Johor peruntukkan RM1.12 juta anjur Karnival Sukan Bangsa Johor

(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah)

ISKANDAR PUTERI, 8 September - Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM1.12 juta bagi penganjuran Karnival Sukan Bangsa Johor melibatkan 58 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiap DUN diberi subsidi pengelolaan RM20,000 dengan empat jenis sukan ditetapkan Majlis Sukan Negeri.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata ia juga sebahagian inisiatif bagi DUN di negeri ini memajukan sukan di kalangan masyarakat dan mengekalkan gaya hidup sihat melalui sukan.

"Satu program yang cukup baik kepada belia-belia di negeri Johor, program yang kita tahu yang digerakkan di peringkat ADUN-ADUN kawasan di peringkat parlimen yang digerakkan oleh orang-orang muda, sesungguhnya program ini yang kita mahukan adalah semangat kesukanan selain memupuk budaya yang sihat di negeri johor ini," kata beliau selepas penyampaian Cek Subsidi Pengelolaan Karnival Bangsa Johor 2022 di Kota Iskandar, di sini.


(Mohd Hairi Mad Shah (tengah) menyampaikan Cek Subsidi Pengelolaan Karnival Bangsa Johor 2022
di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor)

Karnival tersebut bakal diadakan di Muar pada tarikh 15 hingga 16 Oktober depan dengan penyertaan 1,848 peserta.

Sementara itu mengulas mengenai perlawanan akhir bola sepak Piala FA di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC pada hari Sabtu ini, Mohd Hairi berkata beberapa skrin gergasi akan didirikan di beberapa venue di semua daerah negeri ini bagi memberi peluang kepada rakyat Johor memberikan sokongan kepada JDT.

Media Baharu