fb fb fb fb fb

Kemenangan yang cukup istimewa! - Hannah Yeoh

Kemenangan yang cukup istimewa! - Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 23 Mei-Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan bersejarah apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, malam tadi.

Beliau menyifatkan kejayaan skuad negara itu sebagai kemenangan yang cukup istimewa.

"Syabas dan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara. Kemenangan yang cukup istimewa!," menurut Yeoh dalam catatan melalui Facebook beliau.

Beliau turut berkongsi bahawa kementeriannya memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM1 juta bagi penganjuran kejohanan berkenaan.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Aksi final kejohanan itu disaksikan Yeoh yang meluangkan masa menonton dan
memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Sementara itu, Timbalannya, Adam Adli Abd Halim turut merakamkan ucapan tahniah kepada skuad negara atas kejayaan yang membanggakan rakyat Malaysia itu.

Tambah beliau, kemenangan tersebut merupakan hasil titik peluh seluruh pasukan dan persatuan sepak takraw negara sejak hari pertama.

"Semoga hari ini menjadi inspirasi kepada semua penggiat sukan bahawa dengan usaha dan iltizam, pasukan kita mampu bersinar di mata dunia.

"Tahniah #TeamMalaysia, anda kebanggaan kami!" menurut Adam dalam catatan melalui Facebook beliau.

aidan