fb fb fb fb fb

Kemenangan JDT 3-0 ke atas Sarawak United FC tidak mudah

JOHOR BAHRU, 15 Mei - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Moora menyifatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak United FC pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini bukanlah satu tugas mudah.

Ini berikutan JDT masih bekerja keras untuk mencari gol selain menempuh detik-detik sukar memasuki babak kedua.

 (FOTO YOUTUBE)

Beliau berkata, pemainnya masih beraksi dengan baik dan tetap menempuh banyak kesukaran sehingga tidak menjaringkan gol pada aksi kedua.

"Ini bukan sesuatu yang mudah. Kami hormati Sarawak dan team tetapi kita perlu ambil peluang untuk kekalkan momentum untuk kemenangan," kata Moora di sini.

Mora menyatakan JDT mengubah taktikal tiga kali untuk memastikan momentum pasukan bertambah baik.

Perlawanan itu juga boleh dijadikan panduan kepada JDT bagi menghadapi aksi seterusnya.

Media Baharu