fb fb fb fb fb

Kemenangan BATC 2022 suntik semangat mengejar Piala Thomas di Bangkok

SHAH ALAM, 21 Februari - Kem badminton negara melakar sejarah baharu apabila skuad lelaki muncul juara Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan mengalahkan Indonesia 3-0 di Shah Alam, semalam.

Lebih manis, kejayaan menjulang trofi berprestij di Asia itu buat kali pertama dicipta dengan melunaskan dendam kekalahan kepada musuh tradisi itu ketika final edisi 2020.

Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia berharap skuad itu mencapai sasaran mara ke final Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok, Thailand Mei ini.

"Kebanyakkan kita (pemain) terlalu fokus pada gelanggang dan tidak memikirkan tentang menang atau kalah.

"Walaupun pada set pertama sudah kalah, masih juga fokus dengan gelanggang.

"Kalau kita (pasukan) berani menang, kita pun kena kena berani kalah," katanya kepada pemberita semalam.


FOTO FACEBOOK TEAM MALAYSIA

Semalam, Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10.

Walaupun tumbang pada set pertama 14-21, Zii Jia kembali beraksi dengan penuh tumpuan pada set kedua dan berjaya meninggalkan lawannya dengan mata sebanyak 21-12.

Kemenangan semalam itu turut berjaya meleburkan harapan Indonesia untuk memenangi gelaran kali keempat berturut-turut sejak 2016.

Pencapaian tersebut pastinya memberi suntikan semangat buat para pemain mempamer momentum cemerlang sepanjang musim 2022 ini.

Dalam pada itu, pujian tetap wajar diberikan kepada skuad wanita negara meskipun gagal melangkah ke final.

Ini kerana mereka turut berjaya memenangi slot automatik ke pusingan akhir Piala Uber dengan layak beraksi di separuh akhir.

Media Baharu