FOTO AFP
LONDON, 21 Februari - Menjelang aksi kelompok 16 terakhir menentang Lille awal pagi Rabu ini, pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mengakui juara bertahan Liga Juara-Juara itu sedang berada pada fasa 'perlu bertahan' akibat tekanan.
Walaupun berjaya memenangi lima perlawanan terakhir namun kejayaan terakhir 1 - 0 menentang Crystal Palace nyata tidak memuaskan buat Tuchel.
Misi mengekalkan gelaran juara menjadi sebab utama skuad kendalian Tuchel tertekan ketika ini apabila berada di kedudukan belakang pendahulu, Manchester City dengan 13 mata.
Selain itu, enam pemain Chelsea mengalami demam semasa dalam perjalanan pulang dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mereka berjaya menjuarai Piala Dunia Kelab baru-baru ini.
Untuk rekod, Tuchel berjaya membantu pasukan The Blues itu meraih gelaran Liga Juara-Juara, melayakkan diri ke Piala FA dan menduduki kedudukan empat teratas Liga Perdana.
Dua aksi seterusnya minggu ini menentang Lille di Stamford Bridge dan Liverpool di Wembley bakal menjadi medan pengukur moral setiap pemain Chelsea. - AFP