fb fb fb fb fb

Kem latihan pusat: Cklamovski panggil tiga muka baharu

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin ini/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan selepas berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Terbaharu Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin ini.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6 hingga 8 Oktober untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Oktober di New Laos National Stadium.

Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10 hingga 13 Oktober menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 September dan 8 September lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.

“Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah,” menurut kenyataan tersebut, hari ini.

Berikut senarai nama 29 pemain:

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 29, Johor Darul Ta’zim

2. Arif Aiman Mohd Hanapi, 23, Johor Darul Ta’zim

3. La’Vere Lawrence Corbin-Ong, 34, Johor Darul Ta’zim

4. Mohd Shahrul Mohd Saad, 32, Johor Darul Ta’zim

5. Muhammad Afiq Fazail, 31, Johor Darul Ta’zim

6. Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 31, Johor Darul Ta’zim

7. Junior Eldstal, 34, Johor Darul Ta’zim

8. Romel Oswaldo Morales Ramirez, 28, Johor Darul Ta’zim

9. Harith Haiqal Adam Afkar, 23, Selangor

10. Mohamad Faisal Abdul Halim, 27, Selangor

11. Muhammad Aliff Izwan Yuslan, 21, Selangor

12. Nooa Hamzah Laine, 23, Selangor

13. Quentin Cheng Jiun Ho, 26, Selangor

14. Declan Stephen Lambert, 27, Kuala Lumpur City

15. Muhammad Safawi Rasid, 28, Kuala Lumpur City

16. Sturmer Dos Reis Paulo Josue, 36, Kuala Lumpur City

17. Jordan Mintah, 30, Kuching City

18. Muhammad Haziq Nadzli, 27, Kuching City

19. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 25, Kuching City

20. Daniel Sang Ting, 33, Sabah

21. Dominic Tan Jun Jin, 28, Sabah

22. Stuart John Wilkin, 27, Sabah

23. Muhammad Azam Azmi Murad, 24, Terengganu

24. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, 22, Terengganu

25. Muhammad Azri Abdul Ghani, 26, Negeri Sembilan

26. Dion Johan Chai Cools, 29, Cerezo Osaka

27. Endrick Dos Santos Parafita, 30, Ho Chi Minh City Police

28. Sergio Fabian Ezequiel Aguero, 31, Kanchanaburi Power

29. Richard Li Hua Chin, 23, Raith Rovers

Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:

1. Ibrahim Manusi, 24, Johor Darul Ta’zim

2. Mohamadou Sumareh, 31, Johor Darul Ta’zim

3. Nathaniel Shio Hong Wan, 25, Johor Darul Ta’zim

4. Adam Nor Azlin, 29, Kuala Lumpur City

5. Mohammad Syamer Kutty Abba, 28, Kuala Lumpur City

6. Ryan Edward Lambert, 27, Kuala Lumpur City

7. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, 30, Selangor

8. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 23, Selangor

9. Muhammad Safwan Mazlan, 23, Terengganu

10. Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 27, Terengganu

11. Mohd Suhaimi Husin, 31, Terengganu

12. Muhammad Adib Abdul Ra’op, 26, Penang

13. Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal, 26, St. Louis City

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN