fb fb fb fb fb

Kem gimnastik: Izzah, Ng terlepas pingat gangsa

BIRMINGHAM, 6 Ogos - Atlet gimnastik negara, Izzah Amzan dan Ng Joe Ee terlepas peluang sekurang-kurangnya meraih gangsa, selepas sekadar menamatkan saingan final all around individu di tempat keempat dan kelima.

Izzah dan Ng masing-masing mencatat mata keseluruhan 108.300 dan 108.200.

Pingat emas dimenangi atlet England, Marfa Ekimova dengan catatan 112.300 mata.

Ini sekali gus menjadi kekecewaan kedua buat kem gimnastik negara yang turut terlepas pingat gangsa dalam acara berpasukan.

(Nasib tidak menyebelahi atlet gimrama, Izzah Amzan/FOTO BERNAMA)

Skuad gimnastik bagaimanapun masih berpeluang meraih kilauan pingat menerusi Izzah, Ng serta Koi Sie Yan yang akan bersaing dalam acara gelung dan belantan serta bola dan riben.

Mengimbas kembali edisi 2018 di Gold Coast, Australia, Kontinjen Malaysia meraih satu emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Media Baharu