fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Malaysia capai sasaran pingat menerusi dua emas Ng Joe Ee

BIRMINGHAM, 6 Ogos- Gimnas muda negara Ng Joe Ee mencipta kejutan dengan menyumbangkan dua pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menerusi disiplin bola dan riben.

Meskipun ia merupakan penyertaan sulungnya pada temasya itu, gerakannya yang cekap menangkap bola dan melayangkan riben berjaya memikat juri di Arena Birmingham untuk mengumpul mata tertinggi sekali gus mengaut emas.

Dalam disiplin bola, Joe Ee mencatatkan 29.700 mata, mencapai sasaran satu pingat emas bagi kem gimrama.

Suzanna Shahbazian dari Kanada yang mencatatkan 29.050 mata terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala Anna Sokolova dari Cyprus membawa pulang gangsa dengan 28.800 mata.

Sementara dalam disiplin riben, Joe Ee mengumpul 27.800 mata untuk pingat emas, Louise Christie dari Scotland pingat perak manakala wakil Kanada, Carmel Kallemaa gangsa.


(Ng Joe Ee beraksi dalam disiplin riben)

Media Baharu