BISHEK, 5 Jun- Skuad Harimau Malaya kini mempersiapkan diri bagi pertemuan menentang Republik Kyrgyz di sini esok (Khamis).
Pasukan kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon itu tiba ke negara berkenaan semalam bagi aksi kelima Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Sebaik tiba, pasukan negara terus mengadakan latihan di Stadium Dolon Omurzakov, yang juga venue berlangsungnya perlawanan berkenaan.
Jentera serangan Harimau Malaya menjadi tumpuan utama menjelang aksi itu susulan kecederaan beberapa pemain tonggak.
Ini termasuk penyerang naturalisasi, Romel Morales, Darren Lok dan Syafiq Ahmad kerana masalah kecederaan.
Dua pemain sayap negara, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi turut berada dalam senarai pemain cedera.
Situasi berkenaan menyaksikan perubahan terpaksa dilakukan Pan Gon di bahagian serangan dalam misi wajib menang ke atas Kyrgyzstan