fb fb fb fb fb

AUFT 2024: Malaysia tewaskan Filipina

Foto Facebook Sukan.IPT

BANGI, 5 Jun-Pasukan Malaysia meraih kemenangan 3-1 ke atas Filipina dalam Kejohanan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024.

Aksi yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyaksikan Malaysia berjaya menembusi gawang Filipina menerusi Hausen Shwahiri Hasboni Shawal pada minit ke-27.

Filipina bagaimanapun menyamakan kedudukan hasil ledakan Edgar Aban pada minit ke-56, namun Muhammad Khairil Mohd Zain kembali meletakkan Malaysia didepan enam minit kemudian.

Penjaga gol, Muhammad Asyraf Mohamad Fadhil memusnahkan kemaraan Filipina untuk menyamakan kedudukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-81 sebelum Muhammad Darwisy Abdullah meledak jaringan ketiga Malaysia.

Selepas ini pasukan Universiti Malaysia akan berdepan tugas getir berdepan pasukan pilihan, Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD