fb fb fb fb fb

Fuente lanjut kontrak bersama Sepanyol sehingga 2026

Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente/ Foto REUTERS

MADRID,5 Jun-Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) pada Selasa mengumumkan jurulatih skuad 'La Roja' Luis de la Fuente telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2026 bagi membimbing pasukan berkenaan.

De la Fuente 62, mengambil alih skuad 'La Roja' daripada Luis Enrique pada 2022 selepas pasukan berkenaan tersingkir pada Piala Dunia.

Fuente berjaya membimbing skuad berkenaan menjuarai kejohanan Liga Negara selain membantu Sepanyol layak ke kejohanan Euro 2024 di Jerman.

"Persekutuan Bola Sepak Sepanyol mengumumkan jurulatih pasukan kebangsaan dalam proses akhir memperbaharui kontrak seperti yang dimaklumkan pada Februari lepas.

"Selain itu, kontrak staf kejurulatihan akan turut diperbaharui", kata badan sukan kerajaan berkenaan dalam kenyataan.

"Luis de la Fuente telah mengambil alih pasukan kebangsaan pada Disember 2022 dan membawa Sepanyol kepada kejayaan menjuarai Liga Negara UEFA 2023 selepas sedekad tanpa kejuaraan.

"Fuente turut melakukan tugasan menakjubkan pada pusingan kelayakan Eropah sehingga membolehkan Sepanyol layak", tambah kenyataan itu lagi.

Sepanyol bakal berdepan Croatia pada 15 Jun pada perlawanan pembukaan Euro 2024. Manakala pada perlawanan persahabatan pula, 'La Roja' dijangka menentang Andorra dan Ireland Utara.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD