fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026 :Vietnam pecat Troussier

Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier dipecat selepas skuadnya tewas kepada Indonesia kali kedua berturut-turut / Foto Reuters

HANOI, 27 Mac - Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier dipecat oleh Persekutuan bola sepak negara itu ekoran kekalahan 3-0 kepada Indonesia pada aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa, umum VFF.

Jurulatih yang berasal Perancis itu mengambil alih tampuk kepimpinan skuad Vietnam daripada Park Hang-seo tahun lalu telah dimaklumkan keputusan pemecatan berikutan kekalahan berkenaan.

Kekalahan itu merupakan kekalahan kedua skuad 'Naga Emas' terhadap Indonesia dalam tempoh enam hari dan menyebabkan Vietnam kini menduduki tangga ketiga kumpulan F.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan bakal mara ke fasa kedua pusingan kelayakan Piala Asia.

Vietnam yang tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia berharap dapat melakar sejarah sulung bagi mara ke kejohanan berkenaan memandangkan terdapat lapan tempat yang ditawarkan buat Asia pada kejohanan Piala Dunia 2026.

Namun, kekalahan yang berterusan bermakna pasukan itu kini ketinggalan empat mata di belakang Indonesia dan wajib menang menentang Filipina dan Iraq pada aksi seterusnya sambil mengharapkan Indonesia gagal memungut mata pada baki perlawanan akan datang.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD