fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026: Palestin pilih Malaysia sebagai tuan rumah

Foto FAM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos-MALAYSIA akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM menerusi satu kenyataan berkata, perkara itu dipersetujui selepas mesyuarat membabitkan presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Persatuan Bola Sepak Palestin, PFA.

Sebelum ini PFA mencari venue yang sesuai untuk dijadikan gelanggang neutral atau gelanggang sendiri mereka bagi aksi kedua Kumpulan B.

Ia susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu FAM menyifatkan pemilihan itu sebagai penghormatan besar buat Malaysia.

Pada kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini, Palestin turut diundi bersama Korea Selatan, Iraq, Oman, Kuwait.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD