fb fb fb fb fb

Kelantan TRW terima tajaan bas eksekutif Ekspres Perdana

Foto Facebook The Real Warrior

BACHOK, 8 September - Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) menerima tajaan pengangkutan selama tiga musim daripada syarikat Ekspres Perdana bagi urusan perjalanan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Kelantan TRW dalam satu hantaran memaklumkan, majlis menandatangani perjanjian rasmi antara Ekspres Perdana bersama The Real Warriors diadakan di Pejabat Urusan Ekspres Perdana.

Pasukan itu diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan TRW Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah dan Pengarah Pasukan, Rozi Muhamad.

"Majlis ini menjadi simbolik penting hubungan erat antara sektor korporat dan bola sepak negeri.

"Dengan sokongan ini, TRW semakin bersedia untuk mengharungi cabaran, melangkah gagah membawa panji kebanggaan negeri Kelantan ke arah lebih baik pada musim ini," menurut hantaran itu.

Majlis itu juga dilihat sebagai simbolik penting hubungan erat antara sektor korporat dan bola sepak negeri.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan Perdana Group Laili Ismail; Pengarah Pentadbiran & Kewangan Tengku Noor Hanam; Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Nik Nadia Laili serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wan Faiz Wan Hamat bersama pasukan pengurusan.

"The Real Warriors merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ekspres Perdana atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

"Semoga kerjasama ini terus diberkati dan menjadi dorongan untuk melonjakkan prestasi TRW dalam kancah bola sepak tanah air," tambah kenyataan itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI