fb fb fb fb fb

Kelantan FC tidak boleh cicir mata berdepan Terengganu FC II

(FOTO FB TRW KELANTAN FC)

KOTA BHARU, 20 Ogos - Kelantan FC tidak boleh tercicir mata ketika melayan kunjungan Terengganu FC II pada perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini esok.

Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata pasukan bimbingannya akan turun dengan misi meraih tiga mata penuh untuk memastikan kedudukan di tangga teratas liga terus kekal milik pasukan Pantai Timur itu.

"Kita perlu berhati-hati dengan corak permainan Terengganu FC II yang ketika ini berada di kedudukan ketiga liga.

"Terengganu FC II mempunyai kekuatan tersendiri kerana dibarisi pemain tempatan dan import berkualiti, kita tidak boleh melakukan kesilapan pada perlawanan petang esok," katanya ketika dihubungi hari ini.


(Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya/ Foto FB TRW Kelantan FC) 

Selepas 15 perlawanan, Kelantan FC mendahului Liga Premier dengan mengumpul 35 mata hasil 11 kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Mengulas lanjut, Rezal Zambery berkata berada di kedudukan teratas liga belum boleh dikira selamat kerana pasukan itu hanya dibezakan lima mata dengan pasukan di tangga kedua, Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

"Pasukan selatan tanah air itu juga memiliki kelebihan kurang satu perlawanan, jika kalah esok JDT II boleh merampas kedudukan kita.

"Kita belum berada dalam zon selesa untuk bergelar juara, jadi saya mahu pemain terus memberi tumpuan dengan mengikut perancangan dan arahan yang ditetapkan," katanya. -BERNAMA

Media Baharu