fb fb fb fb fb

Kelantan FC ikat jurulatih Choi Moonsik bagi hadapi Liga Super 2023

(FOTO FB TRW KELANTAN FC)

KOTA BHARU, 13 Januari - Kelantan FC mengikat jurulatih import dengan mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan dari Korea Selatan, Choi Moonsik bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurulatih berusia 52 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu semalam dalam usaha memberi saingan sengit dan cabaran lebih hebat kepada pasukan lawan.

Moonsik mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak terutamanya di benua Asia selain pernah beraksi di pentas Piala Dunia era 90-an.

(Kelantan FC mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan dari Korea Selatan, Choi Moonsik
bagi menghadapi saingan Liga Super 2023/ Foto FB TRW Kelantan FC)

Beliau turut membimbing beberapa kelab bola sepak kebangsaan Korea Selatan dan menjadi pemain skuad kebangsaan negara itu dengan beberapa siri perlawanan peringkat dunia termasuk kelayakan Piala Dunia pada 1998, Piala Dunia AS 1994 dan kejohanan Olimpik Barcelona 1992.

Antara pencapaian Moonsik sepanjang karier kejurulatihannya ialah Juara Sukan Asia Incheon dan Juara King’s Cup Thailand sebagai pembantu jurulatih bersama skuad kebangsaan B23 Korea Selatan dan Juara Sukan Asia Incheon.

Moonsik akan turut dibantu bekas pengendali Kelantan FC musim lepas, Rezal Zambery Yahya yang mengisi tempat sebagai penolong jurulatih.

Media Baharu