fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Malaysia 2023: Cabaran pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei berakhir

(FOTO BAM)

BUKIT JALIL, 13 Januari- Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 di Stadium Axiata di sini tidak kesampaian.

Tang Jie-Ee Wei yang menduduki ranking ke-17 dunia tewas kepada beregu di ranking kedua, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dalam perlawanan dua set.

Beregu negara memulakan permainan dengan agak agresif dalam set pertama sebelum kalah tipis 19-21.

Dalam set kedua, Tang Jie-Ee Wei gagal menyaingi ketangkasan Puavaranukroh-Taerattanachai dan tewas 9-21.

Harapan Malaysia kini disandarkan di bahu pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang akan berdepan beregu nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

(Cabaran pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei berakhir)

Media Baharu