fb fb fb fb fb

Final pertama Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Juara dua kali, Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, semalam.

Pemain gantian Vu Van Thanh, muncul penyelamat apabila jaringannya dua minit sebelum masa sebenar tamat berjaya mengelakkan tuan rumah daripada mengalami kekalahan.

Vietnam bermula garang apabila percubaan leret penyerang, Pham Tuan Hai pada minit ke-10 tersasar di sebelah kiri gol sebelum sepakan deras oleh penyerang lawan, Adisak Kraisorn hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah namun diselamatkan penjaga gol, Dang Van Lam, pada minit ke-14.

(Pemain Thailand diasak oleh dua pemain Vietnam pada pada aksi final pertama Piala AFF 2022
di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi / Foto portal rasmi affmitsubishielectriccup)

Penyerang, Nguyen Tien Linh kemudian menggamatkan penyokong tuan rumah apabila menerbangkan badannya sebelum melepaskan tandukan untuk gol pertama perlawanan selepas menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan oleh pemain pertahanan, Que Ngoc Hai, pada minit ke-24.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand yang menggandakan usaha untuk menembusi gawang Golden Star Warriors nyaris menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, sepakan percuma ketua pasukan, Theerathon Bunmathan hanya menggegar tiang kanan Vietnam, tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Media Baharu