fb fb fb fb fb

Chelsea tewas 1-2, Joao Felix terima kad merah

FOTO AFP

LONDON, 13 Januari- Chelsea dilihat terus bergelut dengan prestasi semasa apabila gagal meraih tiga mata penuh perlawanan.

Pada aksi awal pagi tadi, The Blues tewas 1-2 menentang Fulham sekali gus menambah tekanan kepada Graham Potter.

Dalam perlawanan tersebut gol awal diperoleh menerusi pemain Fulham, William pada minit ke-25 sebelum Chelsea dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-47 hasil jaringan Kalidou Koulibaly.

Bagaimanapun aksi babak kedua sedikit goyah buat Chelsea apabila pemainnya, Joao Felix dilayangkan kad merah pada minit ke-58 sekali gus terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Situasi itu menambah tekanan kepada Chelsea hingga melakukan beberapa kesilapan di bahagian pertahanan yang akhirnya menghukum skuad bimbingan Potter.

Gol kedua Fulham pada minit ke-73 diperoleh menerusi Carlo Vinicius selepas penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga gagal menepis jaringan tersebut dengan baik.

Kekalahan itu menyebabkan Chelsea berada di tangga ke-10 liga dengan 25 mata ketinggalan 19 mata daripada pendahulu Arsenal.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu