fb fb fb fb fb

Ahmad Syihan sertai JDT

(Tangkap layar klip video daripada laman sosial
JOHOR Southern Tigers)

JOHOR BAHRU, 13 Januari- Penjaga gol skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed kini sah menjadi milik kelab paling berjaya Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.

Klip video yang disiarkan di laman sosial kelab itu pagi tadi, memaparkan penjaga gol tersebut dibawa menaiki kereta limosin yang menuju ke Stadium Sultan Ibrahim.

Ahmad Syihan mengenakan suit berlogo JDT dan kemudiannya menggunakan jersi penjaga gol JDT, bernombor 33 memaparkan namanya.

Beliau terdahulu turut dikaitkan dengan beberapa pasukan besar dalam saingan Liga Super.

Kehadiran Ahmad Syihan juga melengkap kuota penjaga gol skuad Harimau Selatan yang kini memiliki Farizal Marlias dan Muhammad Haziq Nadzli, malah beliau juga menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi tempoh semusim bersama kelab berkenaan.


(Tangkap layar klip video daripada laman sosial

JOHOR Southern Tigers)

Media Baharu