fb fb fb fb fb

Marcus Rashford kembali dihargai selepas ketiadaan Ronaldo

FOTO AFP

MANCHESTER, 13 Januari- Penyerang, Marcus Rashford kini kembali menerajui jentera serangan pasukan Manchester United selepas ketiadaan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Rashford akui sedikit kecewa tidak diturunkan selepas kembalinya idola bola sepak dunia itu ke kelab lamanya dalam menghidupkan peluang 'cerah' skuad itu di Liga Perdana.

Menjelang pertemuan dengan Manchester City, khidmat Rashford ditaruh pengendalinya, Erik ten Hag dalam mengemudi serangan United, Sabtu ini.

Kebangkitan Rashford dilihat sebagai aset utama pasukan dalam memastikan sasaran kelab tercapai untuk berada dalam kelompok empat terbaik musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu pamer aksi konsisten selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan berturut-turut, di Liga Perdana dan Piala Carabao.

Peminat dan penyokong skuad The Red Devils turut menzahirkan kerisauan terhadap prestasi dan peluang Rashford sebelum ini dalam pasukan meski dia pernah digelar bintang remaja sensasi apabila ditandatangani pasukan dari Old Trafford sejurus selepas bergraduasi di akademi.

Rashford yang dilahirkan di Manchester dianugerahkan pingat MBE (Ahli Perintah Empayar British) selepas memainkan peranan penting dalam memperjuang isu makanan percuma untuk pelajar sekolah.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu