KUALA LUMPUR 2 Julai- Pestabola Merdeka perlu dikekalkan dan tidak boleh ditangguhkan terlalu lama bagi setiap tempoh penganjurannya.
Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, ia bagi memastikan pertandingan itu tidak hilang seri, seterusnya menepati prestij selaku pertandingan tertua di rantau ini.
Katanya, segala kata putus untuk menganjurkan Pestabola Merdeka harus selari dengan kehendak jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovkski.
"Saya sebenarnya tidak pasti sebab apa Pestabola Merdeka tidak diadakan mungkin FAM mempunyai perancangan sendiri.
"Mungkin kalau main setiap tahun tidak meriah dan saya fikir biarlah selepas tiga atau empat tahun kita buat balik," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-103, hari ini.
Sebelum ini, kejohanan itu pernah tidak dianjurkan selama 10 tahun sebelum ia diwujudkan kembali pada 2023.
Pengajurannya turut menarik minat penyokong bola sepak tanah air.
Pada edisi tahun lalu, Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka selepa menewaskan Lebanon 1-0 di pentas akhir, sekali gus menebus kekecewaan bergelar naib juara pada 2023.
Mengulas mengenai penganjuran PERR kali ini, Mohd Firdaus menjelaskan 14 pasukan telah mengesahkan penyertaan dengan satu pasukan jemputan adalah bomba.