fb fb fb fb fb

Kejuaraan ragbi empat negara: All Blacks kalah di tempat sendiri

(Aksi skuad New Zealand All Blacks menentang pasukan LosPumas Argentina, semalam/ AFP)

CHRISTCHURCH, 28 Ogos- Skuad New Zealand All Blacks sekali lagi menerima tekanan susulan kekalahan kepada pasukan LosPumas Argentina di tempat sendiri, semalam.

Meski mendahului perlawanan di babak pertama dengan dua try, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pasukan kendalian Ian Foster di babak kedua telah memberi kelebihan kepada anak buah Michael Cheika untuk mendahului dengan beberapa sepakan penalti sempurna dan seterusnya memimpin perlawanan hingga ke wisel penamat.

Ketika ditemui media, Ian yang sebelum ini diuar-uarkan bakal diganti susulan keputusan yang tidak memberangsangkan meminta agar peminat untuk terus menyokong pasukan All Blacks yang disifatkan beliau sedang menghadapi saat-saat sukar.


(Jurulatih All Blacks, Ian Foster/ AFP)

Pun begitu, pemerhati sukan berkeras meminta agar perubahan secara besar-besaran dilakukan bagi mengatasi kekalahan demi kekalahan yang dialami juara dunia tiga kali itu.

Ia kemenangan kedua LosPumas ke atas All Blacks selepas kali pertama pada tahun 2020 dalam kejohanan tiga negara di Australia.- AFP

Media Baharu