fb fb fb fb fb

Menjelang perlawanan akhir Piala FA, Terengganu isytihar 11 September cuti peristiwa

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos- Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2022, Terengganu FC bertemu JDT, 10 September depan.

Kerajaan negeri mengisytiharkan 11 September sebagai cuti peristiwa bagi negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi memberi keselesaan perjalanan pulang daripada menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil pada 10 September akan datang.

Dalam satu hantaran di facebooknya, beliau berharap susun dan atur perjalanan pulang tidak dibuat tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang.

Kerajaan negeri juga berharap para penyokong Terengganu FC agar mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak diingini.

Pada masa sama, sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik ketika menyaksikan perlawanan itu.

Beliau juga berharap semua pemain pasukan TFC dapat memberi fokus maksimum dan mempersembahkan aksi terbaik sekaligus merealisasikan harapan membawa pulang piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu.


(Skuad Terengganu FC)

Media Baharu