fb fb fb fb fb

Kejuaraan Kelab ASEAN: KL City mula langkah kanan

Pemain KL City, Haqimi Azim Rosli menjadi wira dengan jaringan tunggal ketika menentang Kaya FC/ Foto Facebook kualalumpurcityfootballclub

KUALA LUMPUR, 23 Ogos-Kuala Lumpur (KL) City memulakan saingan Kejuaraan Kelab ASEAN dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil Filipina, Kaya FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada Khamis.

Haqimi Azim Rosli menjadi wira KL City apabila menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-11 untuk memberikan tiga mata buat KL City.

Skuad kendalian Miroslav Kuljanac hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-66, namun rembatan jarak dekat kapten City Boys, Paulo Josue diselamatkan penjaga gol Kaya,Patrick Deyto.

KL City yang lebih banyak melakukan gerakan dan percubaan ke kubu lawan pada penghujung perlawanan bagaimanapun gagal menambah jaringan yang menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

The Lions kendalian Yu Hoshide yang berusaha menyamakan kedudukan selepas itu gagal menterjemahkan beberapa peluang merobek gawang City Boys bimbingan Miroslav Kuljanac.

KL City akan berdepan wakil Indonesia, Borneo pada 26 September depan.

Sebagai rekod Kejuaraan Piala Kelab Asia Tenggara melibatkan kelab Asia Tenggara disertai dua pasukan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam manakala Singapura dan Filipina diwakili satu kelab.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD