fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Sarawak raih tiga emas acara tinju

Petinju Sarawak.Clarkson Evans Tom Frankie menentang R. Thanasekaran dari Kedah /Foto BERNAMA

SRI AMAN, 23 Ogos-Sarawak merangkul tiga pingat emas pada acara tinju yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman malam tadi (Khamis).

Emas pertama Sarawak disumbangkan oleh Clarkson Evans Tom Frankie bagi kategori Minimum Weight lelaki (45 kg-48 kg) yang menumpaskan pesaingnya R.Thanasekaran dari Kedah dengan kiraan 5-0.

Emas kedua Sarawak diperoleh dalam kategori Middleweight lelaki 71 kg-75kg) menerusi Gideon Riquelme Jonathan yang menewaskan petinju Wilayah Persekutuan,Muhammad Ayyup Firdaus Rusdi juga dengan kiraan 5-0.

Kem tinju SUKMA Sarawak terus ceria apabila Hamiesha Hamdan pula menyumbang emas bagi kategori Featherweight (52 kg-57 kg) menewaskan petinju Selangor, Balqis Dayana Badrol Hishàm.

Sementara itu, bagi kategori Bantamweight (51 kg-54 kg), petinju Pulau Pinang Muhammad Rizal Wahidi menundukkan petinju Negeri Sembilan Najamuddin Abdul Rahman dengan kiraan mata 5-0.

Kategori Lightweight lelaki (57 kg-60 kg), petinju Selangor Hazman Iskandar Zulkifli Siew menang ke atas petinju Sarawak Lam Wee Liang, 4-1.

Bagi kategori Cruiserweight lelaki (80 kg - 86 kg), Nur Ikmal Ramadan Sakila dari Terengganu muncul juara setelah menewaskan Muhammad Syahmi Kauthar dari Kedah 4-1.

Johor turut membawa pulang pingat emas menerusi Muhammad Ariff Aiman yang beraksi dalam kategori Welterweight (63.5 kg - 67 kg) selepas menewaskan wakil tuan rumah Anderton, 5-0.

Selain itu, Sabah juga mencatat kejayaan apabila Dierdra Jacquelina Richard meraih emas dalam kategori Minimum Weight wanita (45 kg - 48 kg) menewaskan Patricia Jaquilina dari Sarawak, 5-0.

Hari ini tujuh perlawanan akhir bakal dilangsungkan melibatkan dua petinju Sarawak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD