YOKOHAMA, 23 Ogos-Pasangan beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani berjaya menempah slot ke suku akhir.
Dalam aksi di Arena Yokohama, mereka menumpaskan pasangan Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han.
Pasangan negara itu menang straight sets 21-14 dan 24-22 dalam tempoh 47 minit.
Mereka akan berdepan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di suku akhir.
Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah juga berjaya ke suku akhir.
Mereka menumpaskan pasangan Denmark, Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow 21-11, 22-20 dalam tempoh 34 minit.
Momentum kemenangan diteruskan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang mudah menewaskan pasangan Denmark, Mads Vestergaard dan Christine Busch, 21-13 dan 21-13 dalam tempoh 33 minit.
Namun lain pula nasib satu lagi beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri dan Hon Jian apabila tumpas ditangan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 16-21, 21-8 dan 21-15