KUCHING, 22 Ogos- Sukan terjun menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan kedudukan dengan satu pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong hari ini.
Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin dan Nur Elisha Rania Muhammad Abrar Raj berada di hadapan dengan 221.58 mata.
Manakala pingat perak dimiliki Wilayah Persekutuan menerusi terjunan pasangan seirama Celeste Qin Lee dan Jia Le Ong dengan catatan mata 205.44.
Perak berjaya merangkul pingat gangsa menerusi aksi terjunan Cecelia Olivia Christopher Leoneil dan Siti Nurul Jannah Malik yang mengumpul 190.35 mata.
Menerusi laman web SUKMA Sarawak 2024, Sarawak memperoleh 57 emas ketika ini, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan pada acara tersebut.