fb fb fb fb fb

Kejohanan Woodball beri impak positif kepada pelancongan, sukan Pahang

(Kejohanan itu melibatkan lebih 485 peserta dari 12 negara, antaranya Kenya,
Taiwan, Macau, Hong Kong,Korea Selatan, Singapura, Thailand, Indonesia dan Uganda)

KUANTAN, 31 Julai- Kejohanan Woodball peringkat antarabangsa yang diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan bermula Khamis lalu telah memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Pahang.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzil Mohamad Kamal, penganjuran kejohanan tersebut turut dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia.

Selain itu, secara tidak langsung menggiatkan lagi industri pelancongan di Pahang, di mana ia pertama kali diadakan di kawasan tepi pantai.

"Impak dari segi sukan woodball itu sendiri dari segi pelancongan itu juga. Kita harap mereka tertarik dengan layanan yang kita beri, destinasi menarik yang mereka pergi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kita harap mereka akan datang lagi dengan kapasiti yang lebih besar, paling penting mereka mengenali lokasi pertandingan ini sebagai satu destinasi woodball," katanya.


(Fadzil (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang)

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Woodball Pantai Dunia Ketiga dan Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Ke-23di De Rhu Beach Resort, Kuantan, malam tadi.

Hadir sama, Presiden Woodball Negeri Pahang, Datuk Suhaimi Mohd Yunus; Presiden Persekutuan Woodball Asia, Thomas Kok Cheng Kar dan Presiden Persekutuan Woodball Antarabangsa, Sean Weng Chi-Hsiang.

Kejohanan itu melibatkan lebih 485 peserta dari 12 negara, antaranya Kenya, Taiwan, Macau, Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Indonesia dan Uganda.

Media Baharu