fb fb fb fb fb

KBS sentiasa komited sediakan prasarana sukan untuk rakyat

SEGAMBUT, 31 Julai- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited dalam menyediakan prasarana sukan terbaik untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Tanggungjawab itu selaras dengan dokongan kerajaan membudayakan sukan dalam hidup rakyat selain mendidik amalan gaya hidup sihat.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata perkara itu dapat direalisasikan menerusi kerjasama semua pihak di samping menambah pelbagai kemudahan sukan di seluruh negara.

"Untuk membudayakan amalan hidup sihat ini, semua pihak perlu bersatu dan bukan sahaja badan kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), persatuan penduduk, badan korporat dan lain-lain.

Selain itu, penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur sukan sentiasa menjadi keutamaan kami untuk memastikan rakyat dapat menggunakan manfaat itu. Tidak kira lapisan usia, penduduk bandar mahu pun luar bandar dapat beriadah bersama," kata Hannah kepada pemberita ketika beliau turun padang melihat gelanggang futsal yang siap dinaik taraf di Kampung Segambut Bahagia, Kuala Lumpur.


(Gelanggang futsal yang siap dinaik taraf di Kampung Segambut Bahagia)

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kampung Segambut Bahagia, Mohamad Ishak berterima kasih kepada kerajaan kerana menaik taraf kemudahan gelanggang futsal berkenaan bagi kemudahan penduduk sekitar.

"Dahulu, remaja di Segambut ini perlu bermain futsal di luar kawasan namun apabila gelanggang ini sudah dinaik taraf, kami rasa terharu dan terujalah sebab selepas ini kami boleh bersama-sama dengan komuniti lain juga untuk menjalankan aktiviti sukan," kata Mohamad ketika ditemu bual pemberita, pagi tadi.

Media Baharu