fb fb fb fb fb

Diego Godin bersara daripada arena bola sepak

FOTO REUTERS

BUENOS AIRES, 31 Julai- Pertahanan Uruguay, Diego Godin memaklumkan persaraannya pada Ahad selepas kelabnya, Velez Sarsfield tewas 1-0 kepada Huracan, perlawanan terakhir Liga Argentina musim ini.

Aksi itu menutup tirai kerjayanya bermain bola sepak dalam arena profesional selama 20 tahun yang cukup cemerlang.

Bekas kapten Atletico Madrid itu membuat 627 penampilan profesional, menjaringkan 38 gol dan memenangi 10 gelaran, termasuk dua trofi Liga Europa dan tiga Piala Super UEFA bersama Atletico Madrid.

"Saya yang mahu membuat keputusan sebegini, kekal sihat. Ia mungkin kelihatan mengejutkan tetapi saya telah mempertimbangkannya.

"Saya kini ada keutamaan lain. Keluarga saya berada di Uruguay dan baru-baru ini saya menjadi bapa. Saya mahu berehat dan menikmati perkara lain dan saya mahu cuba pergi dengan imej yang baik di atas padang," kata Godin yang berusia 37 tahun kepada TV Argentina.


(FOTO AFP)

Menerusi sumber rapat, sebelum itu, kelab Nacional Uruguay mempertimbangkan untuk menandatangani Godin tetapi pertahanan tengah itu kekal dengan keputusan terakhirnya untuk meninggalkan padang selepas kelahiran anak perempuannya bulan lalu.

Godin memulakan kerjayanya pada tahun 2003 dengan pasukan Uruguay CA Cerro.

Dia terus bermain untuk Nacional pada 2006 sebelum berpindah ke Villarreal, Sepanyol semusim kemudian.

Pemain pertahanan itu kemudian menyertai Atletico pada tahun 2010, di mana dia mencipta nama untuk dirinya sebagai kapten pasukan selama sembilan musim.

Godin tiba di Velez pada pertengahan 2022 berikutan kejayaan Eropah yang turut termasuk di Inter Milan dan Cagliari dan selepas menghabiskan enam bulan di Atletico Mineiro, Brazil.

Dia hanya ditampilkan sebanyak 161 kali oleh Uruguay dan muncul dalam empat edisi Piala Dunia sebagai sebahagian daripada generasi emas yang memenangi Copa America 2011 dan menduduki tempat keempat pada Piala Dunia 2010.- REUTERS

 

Media Baharu