fb fb fb fb fb

Chelsea pilih Axel Disasi, perkuat jentera pertahanan

FOTO AFP

LONDON, 31 Julai- Pemain pertahanan Perancis, Axel Disasi sah berhijrah ke kelab gergasi Inggeris, Chelsea.

Menurut laporan media Britain, pemain berusia 25 tahun itu bersedia untuk ke Stamford Bridge selepas mencapai perjanjian perpindahan bernilai £45 juta pound ($49.58 juta).

Penyertaan Disasi akan memberi pilihan kepada kelab untuk menampung rakan senegaranya yang cedera, Wesley Fofana.

Disasi dijangka bersaing untuk posisi bek tengah dengan pemain seperti Thiago Silva, Trevoh Chalobah dan Levi Colwill, manakala seorang lagi pemain Perancis, Benoit Badiashile sedang bersedia untuk kembali daripada kecederaan hamstring awal musim ini.

Fofana mungkin terlepas sebahagian besar musim ini selepas menjalani pembedahan pembinaan semula ligamen anterior cruciate (ACL) pada Julai.

Disasi merekodkan empat penampilan dan pertama kali dipanggil untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, membuat penampilan pertamanya di Perancis dalam kekalahan 1-0 kepada Tunisia di peringkat kumpulan.

Chelsea kini giat melakukan pemulihan nasib mereka di bawah pengurus baharu, Mauricio Pochettino.

Skuad The Blues menduduki tempat ke-12 dalam kedudukan musim lalu, penamat terburuk mereka sejak 1994.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu