fb fb fb fb fb

Saint-Maximin berhijrah ke Liga Pro Saudi

Foto FB Newcastle

PARIS, 31 Julai- Pemain sayap Perancis, Allan Saint-Maximin kini menjadi pemain terbaharu menyertai Liga Pro Saudi.

Berita itu disahkan menerusi satu hantaran kelab bola sepak Saudi, Al-Ahli di platrom media sosial pada Ahad.

"Kami memilih yang terbaik dan dia salah seorang daripada mereka," kata Al-Ahli di media sosial.

Saint-Maximin diikat selamat tiga tahun, meninggalkan kelab Inggeris iaitu Newcastle United ketika liga kerajaan Teluk yang kaya dengan wang tunai dan bercita-cita tinggi itu menjerat seorang lagi pemain peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, syarat kewangan perjanjian itu tidak didedahkan tetapi laporan akhbar Inggeris menganggarkan ia berada dalam lingkungan £30 juta ($38.5 juta).

Saint-Maximin, 26, membuat 124 penampilan untuk Newcastle yang disokong Saudi dan menjaringkan 13 gol sejak menyertai dari Nice pada 2019.

Senarai pemain berprofil tinggi berpindah ke Liga Pro Saudi semakin bertambah termasuk Cristiano Ronaldo, Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Karim Benzema dan Jordan Henderson.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu