fb fb fb fb fb

Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali bakal jadi acara tahunan - PSM

BUKIT SERINDIT, 22 Ogos- Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 bakal menjadi acara tahunan.

Menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, kerajaan negeri Melaka memberikan respon positif bagi pelaksanaan kejohanan itu.

Menurutnya, untuk tahun hadapan, selain menampilkan pasukan negeri, PSM turut bercadang untuk menjadikan antara itu sebagai kejohanan bagi peringkat antarabangsa.

"Jadi, insya-Allah tahun depan, persiapan akan kita lakukan lebih awal untuk menarik sebanyak mungkin penaja-penaja dan juga kita akan mengadakan kejohanan peringkat antarabangsa.

Ini adalah satu pembaharuan yang dibuat oleh PSM dan kita akan maklum perkembangan terkini. Selain itu, kita ada kejohanan baharu iaitu Piala Tun Ali," kata Mohd Sumali kepada pemberita RTM selepas perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 di Dewan Bola Keranjang, di sini.


(Perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 menyaksikan Johor
membenam Melaka 2-0)

Tambah beliau, menerusi kejohanan ini juga, ia menjadi satu platform buat pemain muda cuba mencipta peluang baru untuk mengetengahkan diri mereka sebagai persediaan sebelum ke acara yang lebih besar.

Terdahulu, pada aksi final kejohanan itu, pasukan Johor dinobatkan sebagai Johan acara regu sekali gus membawa pulang hadiah RM10,000 beserta piala iringan dan medal yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Acara beregu pula diungguli Perak yang membawa pulang RM8,000 beserta piala dan medal.

Naib johan bagi kedua-dua acara disandang pasukan tuan rumah, Melaka untuk membawa pulang RM4,000 dan RM5,000 bagi acara beregu dan regu.

Media Baharu