fb fb fb fb fb

Kejohanan olahraga IPT 2022 medan terbaik cungkil bakat baharu

(Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli)

BUKIT JALIL, 17 Disember- Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 berpotensi mencungkil lebih ramai atlet baharu.

Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berpendapat kejohanan ini adalah jawapan kepada ketandusan kejohanan yang dihadapi atlet-atlet IPT.

"Satu platform UPM buat untuk menonjolkan atlet daripada universiti la. Bagi saya ia benda baik sebab kita nak ikut macam 'Diamond League', setiap bulan ada kejohanan. Jadi bagi saya itu adalah bagus buat atlet universiti untuk menonjolkan diri di setiap kejohanan," kata Zaidatul Husniah kepada media di sini.

Pemenang pingat perak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 itu yang beraksi dalam acara pecut 200 meter berjaya memperbaharu rekod kejohanan menerusi catatan 24.5 saat.

(Kejohanan olahraga IPT 2022 medan terbaik cungkil bakat baharu)

Media Baharu