fb fb fb fb fb

Croatia tempat ketiga Piala Dunia 2022

DOHA, 18 Disember- Pada aksi Piala Dunia malam tadi, Croatia menewaskan Maghribi 2-1 pada penentuan tempat ketiga kejohanan tersebut.

Croatia merupakan naib juara Piala Dunia pada 2018, juga berkedudukan tempat ketiga pada Piala Dunia 1998 apabila menewaskan Belanda 2-1.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di depan selepas hantaran daripada bola mati yang baik.

Lovro Majer melambungkan bola buat Ivan Perisic yang berjaya melarikan diri daripada pemain yang mengawalnya dan menanduk ke tengah sebelum disambar Gvardiol dan bola menerjah gawang.

Namun ia hanya memerlukan dua minit buat Maghribi untuk menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan percuma ketika pemain Croatia, Majer cuba mengeluarkan bola tetapi tersilap hantaran yang memberikannya kepada Achraf Dari, yang berseorangan dalam kotak penalti dan menanduk ke gawang.

Pemain pertahanan Croatia, Josko Gvardiol (kanan) dikasari pemain tengah Maghribi,
Sofyan Amrabat / FOTO AFP

Croatia meledak jaringan kemenangan tiga minit sebelum rehat babak pertama apabila Mislav Orsic melencongkan bola yang terus ke penjuru.

Mereka mempertahankan kelebihan itu tanpa sebarang tambahan gol pada babak kedua. -REUTERS

Media Baharu